Love Sofea

Love Sofea

Monday, 9 September 2013

KALORI


Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.


Adakah badan perlukan kalori?

Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.


Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.


Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.


Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori



Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.


Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?

Kategori: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori : minuman


1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.


Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).


Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!


Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

 

Monday, 18 July 2011

Contoh Karangan

Penyakit H1N1 yang melanda negara kita telah menyebabkan banyak warganegara kita menghadapi kematian. Sebagai insan yang prihatin, apakan peranan atau tindakan anda untuk mencegah penyakit ini?
Pada bulan April 2009,  penyakit H1N1 yang juga terkenal sebagai influenza A telah merebak dari Mexico ke seluruh dunia.  Sesungguhnya penyakit ini merupakan selesema babi yang lazimnya berjangkit dalam tubuh badan binatang ini. Penyakit ini telah mengalami perubahan genetik sehingga mula menjangkiti badan manusia. Ternyata penyakit ini bukan sahaja menggugat kesihatan manusia sejagat malah menyebabkan banyak nyawa melayang di seluruh dunia.  Setakat  awal bulan Ogos  2010,  sebanyak 11,500 orang penduduk Malaysia telah menghidap penyakit ini dan sebanyak 91 orang telah menemui ajal di negara kita.  Penyakit ini telah mengancam sosioekonomi negara kita, terutamanya sektor pelancongan dan perkhidmatan. Sebagai insan yang bertanggungjawab, saya perlu mengetahui cara-cara yang berkesan untuk mencegah penyakit ini.
Untuk mencegah penyakit ini, terlebih dahulu saya perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat yang lengkap tentang penyakit ini.  Hal ini demikian kerana pengetahuan dan maklumat yang betul dapat  membantu saya untuk menjauhi penyakit tersebut, terutamanya informasi tentang punca berlakunya penyakit , simptomnya dan cara-cara untuk mencegahnya. Seperti peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”  Sehubungan dengan itu saya akan berusaha  memperoleh maklumat tersebut daripada pelbagai wahana, seperti televisyen, Internet,  dan Kempen Anti-H1N1 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan kata lain, setiap insan perlu memiliki pengetahuan sebelum bertindak untuk mencegah penyakit yang membawa maut ini.
Amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran merupakan inisiatif yang prioriti kepada setiap individu untuk mencegah penyakit berjangkit, termasuklah wabak H1N1. Rentetan daripada itu, saya perlu sentiasa memastikan fizikal saya sentiasa bersih.  Kata orang tua-tua, “Kebersihan merupakan satu keimanan”.  Saya akan sentiasa mencuci tangan dengan cara yang betul dan menggunakan sabun antibakteria, terutamanya balik dari luar.  Selain itu  saya akan memastikan persekitaran rumah saya bersih. Dalam konteks ini, saya akan mengadakan gotong-royong  di rumah. Setiap anggota keluarga  saya akan bekerjasama bagai hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk menjalankan pembersihan, tamsilnya mencuci tandas, mengelap lantai dan meja. Kegiatan sedemikian  bukan sahaja dapat mengintimkan silaturahim sekeluarga tetapi juga dapat mencelikkan kesedaran sekeluarga tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran. Amalan menjaga kebersihan merupakan tindakan berjaga-jaga untuk menghadapi semua jenis penyakit berjangkit.
Tindakan menerima suntikan vaksin juga merupakan cara pencegahan yang bijaksana. Kita harus sedar bahawa golongan yang berisiko tinggi harus disuntik vaksin sebagai tindakan  berjaga-jaga. Antaranya, golongan yang berisiko tinggi ialah golongan tua, kanak-kanak, berpenyakit asma, ibu yang berbadan dua dan sebagainya.  Jika saya sering menghadapi penyakit asma atau sistem pernafasan yang bermasalah, saya harus menerima suntikan vaksin di hospital atau klinik yang berdekatan. Hal ini dapat mencegah saya daripada penyakit H1N1 yang dapat membawa maut kepada hayat saya. Bagaimanapun vaksin yang sedia ada belum lagi menjamin keselamatan yang seratus peratus dan barang kali terdapat kesan sampingan.
Di samping itu, saya harus memakai topeng mulut (penutup mulut dan hidung) sebagai tindakan pencegahan.  Ketika demam dan batuk, sebagai insan yang bertanggungjawab, saya harus memakai topeng mulut agar tidak menyebarkan bakteria atau wabak kepada keluarga dan rakan saya. Pada masa yang sama, saya perlu sentiasa memakai topeng mulut  seandainya  ada orang yang sentiasa batuk di sekeliling saya. Ketika berada  di tempat  tumpuan khalayak ramai,  bertopeng mulut adalah amalan yang terbaik untuk menjauhkan diri daripada pelbagai wabak. Sebagai contohnya, setelah dilanda penyakit SARS, penduduk Hong Kong sentiasa bertopeng mulut di tempat awam seperti di MRT dan pasar raya. Hakikatnya  mereka berjaya meminimumkan kadar kematian ketika dilanda penyakit Wabak H1N1.  Oleh itu, saya juga akan menasihati ahli keluarga dan rakan saya yang sedang demam atau berbatuk supaya memakai topeng mulut sebagai tanggungjawab mereka untuk meminimumkan penyakit ini. Hal ini selaras dengan peribahasa, “cegah sebelum parah.”
Pada masa yang sama, saya perlu senantiasa mengamati simptom influenza A yang mungkin berlaku pada diri sendiri atau orang lain.  Simptom wabak ini ialah demam hingga 38 C, batuk, bersin dan berhingus .  Jika saya mendapati  bahawa saya terdapat simptom tersebut, saya segera mendapat rawatan dari hospital atau klinik yang berdekatan. Selain banyak minum air dan mengambil ubat yang ditetapkan , saya perlu mengkuarantin diri sekurang-kurangnya 7 hari. Jika keluarga saya atau kenalan saya yang baru balik dari negara yang sedang dilanda penyakit tersebut,  saya pasti akan memujuknya supaya mengkuarantin diri di rumah beberapa hari untuk berehat walaupun belum dikesan ada simptom tersebut.  Tidak dapat dinafikan bahawa wabak dapat disebar secara global kerana sistem penerbangan yang canggih sekarang. Ingatlah seruan Kementerian Kesihatan, pencegahan wabak merupakan tanggungjawab kita bersama. Jika kita semua dapat berjaga-jaga dan sanggup mengkuarantin diri ketika terdapat simptom wabak tersebut, H1N1 tidak akan berleluasa secara drastik.
Secara tuntasnya, jika setiap individu dapat memikul tanggungjawab untuk mencegah penyakit H1N1,  saya pasti bahawa penyakit ini dapat dibendung sehingga mencapai kadar sifar. Pihak Kementerian Kesihatan dan kabinet kerajaan harus sentiasa bertindak bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung  terhadap penyakit berjangkit. Tindakan sediakan payung sebelum hujan harus dilakukan oleh para pegawai kesihatan untuk menghadapi sebarang penyakit berjangkit. Segenap lapisan masyarakat juga perlu dididik dan dinasihati supaya mempunyai kesedaran untuk mencegah semua jenis penyakit.  Bak cogan kata, “Rakyat Sihat, Negara Maju.”













CIRI-CIRI REMAJA YANG BERKUALITI (BERAKHLAK)
Setelah 53 tahun kita menghela nafas kemerdekaan,  remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial.  Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara  saujana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno pernah mengungkap,”Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Nyatanya, remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.
Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa.  Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif  merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran  ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka.  Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa.”
Walau bagaimanapun,  kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental.  Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif,  remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja negara maju.  Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang,menjaga kebersihan, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi. Seperti peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Rakyat sihat, negara maju. Remaja  yang sihat dan kuat baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Selain itu, remaja yang berkualiti juga harus memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantarannya ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja sebagai insan yang berakhlak mulia dan berjati diri.  Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong,  menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela.  Remaja yang kedangkalan keimanan akan mencetuskan kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus bersahsiah mulia, berinsaniah dan berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan masyarakat sakinat  dan madani pada suatu hari nanti.
Sementelahan pula, remaja yang berkualiti perlu berkreatif dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang.  Dalam industri teknologi  komunikasi dan maklumat (ICT),  umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka  melontarkan impian mereka. Namun demikian,  impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya.  Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi.  Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita  mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.
Intihanya, “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.”  Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus  terlepas daripada belenggu angkara sosial.   Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara.  Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya berada awang-awangan dan tidak dapat menjadi realiti.  Oleh itu remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya menjurus ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.


Penantian Cinta

Terlintas kenangan itu
tersimpan dalam benakku
kerapuhan menemaniku
dan hanya air mata
yang menyelubungi perasaan ini

Ku pendam kerinduan
membuat diri ini tidak jujur
dan hati ini
hanya bisa memberontak
dan hanya bisa memohon
untuk mengetahui isi hati ini

hati akan selalu lemah
jiwa akan selalu rapuh
perasaan akan selalu terpendam
jika diri ini tak bisa jujur
tak ada yang bisa dipersalahkan

kini semua hanya berakhir
dengan penantian
dan harapan. . .

Ceramah

Tajuk : Ceramah
Definisi :
1.      Menurut Kamus Dewan edisi ke- 4, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan membicarakan sesuatu perkara.

2.      Ceramah merupakan  pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing - masing.

3.      Berupa penerangan dan penjelasan  tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, iaitu topik disampaikan penceramah kepada khalayak.


Tujuan/ kepentingan:
1.      Memujuk:  Merupakan proses  seseorang perucap mempengaruhi, mengubah sikap,
                   kepercayaan, pemikiran, atau tindakan audien sasaran.

2.      Memberi maklumat: menerangkan konsep, idea, perkara, proses, situasi dan
          sebagainya .
3.      Menghibur: biasanya dibuat untuk pendengar berhibur dan bergembira.

Hasil bahan projek:
1.      Power point ceramah

Prosuder kerja:
1.      Menangani kegugupan berucap di hadapan orang ramai.
2.      Membuat analisis terhadap audien dari segi sosio ekonomi, taraf pendidikan dan umur.
3.      Mengumpul dan menyusun maklumat dan bahan untuk ceramah.
4.      Merancang dan menulis bahagian pendahuluan, isi dan penutup ceramah.
5.      Membuat latihan untuk menyampaikan ceramah.
6.      Menyampaikan ceramah
7.      Membuat penilaian terhadap ceramah yang telah disampaikan kepada audien.

Penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran/cara dan strategi penggunaan:
1.      Murid membuat karangan ceramah dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.      Melatih murid berani untuk menyampaikan ceramah di hadapan audien.

Sumber:
1.      Internet
2.      Akhbar
3.      Majalah

Saturday, 9 July 2011

MENU HARI INI (SUP TAUHU JEPUN)

·         3-4  peket tauhu Jepun telur
·        1 kiub pati ayam Maggi.
·        1 inci halia (diracik halus2)
·       3 ulas bawang putih (diracik halus)
·        1 biji telur
·        1/2 cawan air.
·        Garam

Cara-cara
1.    Tauhu dipotong kepada 8 @ 10 bahagian.Terpulang kepada individu yang suka nipis atau tebal.Kemudian goreng dengan  minyak yang sedikit hingga kekuningan.
2.    Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan air dan kiub pati ayam Maggi. Biarkan mendidih sebentar. Masukkan telur. Bagi yang suka hirup kuah boleh tambah air lagi tapi bagi sesiapa yang suka pekat boleh campurkan dengan tepung jagung.
3.    Bila kuah sudah pekat masukkan pula tauhu yang telah digoreng sebentar tadi. Hidangkan bersama-sama daun bawang.

Resepi masakan hari ini

Ayam Paprik

Bahan-bahan ( 4 )

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Kueh teow kungfu

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • kueh teow
  • 2 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • mix seafood
  • lobak
  • 1~1setengah sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • sos tiram

Cara-cara

  1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
  2. masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
  3. tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
  4. balikkan supaya kedua-dua belah masak.
  5. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
  6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
  7. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
  8. masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
  9. biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)
Telur bungkus

Bahan-bahan ( 2 Orang )

  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie - ikut suka nak byk mana
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu.Ayu guna 1/2 je sbb bawangnya besar
  • 1 biji bawang putih - dicincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap - ayu guna kicap manis
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
  2. Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
  3. Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
  4. Kemudian masukkan mix veggie.Ayu tak guna mix veggie.Ayu gantikan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
  5. Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!




ROTI JOHN

Bahan-bahan ( 6ketul )

  • 6biji roti hotdog
  • 3biji telur
  • 80gm daging cincang/dgg burger-goreng seketika jika suka
  • 1/4labu bawang besar- dikisar/dipotong dadu
  • sedikit kubis dan lobak merah-diracik halus
  • 1/2 sk serbuk kari
  • daun bawang-option
  • garam
  • lada sulah
  • butter

Cara-cara

  1. Pukul telur, masukkan daging cincang, bawang besar, kubis, lobak, serbuk kari dan sedikit garam. Pukul hingga sekata.
  2. Sapu roti dengan sedikit butter.
  3. Panaskan kuali. Curahkan 1senduk campuran telur tadi dan letak roti tadi.
  4. Biar sehingga telur garing, kemudian angkat dan lipat.
  5. Picitkan mayonis dan sos cili. Potong dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba.

sinopsis cerpen-cerpen KOMSAS ting 4

SINOPSIS CERPEN- ANTOLOGI HARGA REMAJA T4
MEMORI SEORANG TUA Komsas Tingkatan 4

Pak Itam (bekas majistret) tinggal di sebuah kampung yang sedang pesat membangun dengan sektor perindustrian. Itu semua untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak berminat lagi mengusahakan sawah atau pertanian.Bagi Pak Itam zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk menentang penjajah (orang putih) tetapi zaman mengisi kemerdekaan.Pada zaman penjajahan dahulu Pak Itam seorang pejuang bangsa yang kental dan bebarapa kali merengkuk di penjara akibat mengkritik dasar British yang ”cekik darah” terhadap orang-orang melayu. Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya. Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85. Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besar-besaran kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu. Darah kemelayuan yang dimiliki oleh Pak Itam sangat hebat tetapi kurang dihargai orang ramai. Dia akan mempamerkan surat dari isterinya Siti Norhidayah yang meninggalkannya bersama-sama dua orang anak tercintanya sewaktu dia merengkuk dalam penjara. Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan majlis yang akan diadakan oleh Pak Itam seperti menjemput tetamu, menyiapkan bahan pameran, bangsal menjamu selera dan tempat letak kereta. Hanya kepada Tuk Mat diharapkan dapat menyempurnakan majlis penuh makna itu, jika diharap kepada anak muda maka tak menjadilah.
Tuk Mat sekeluarga telah banyak mambantu Pak Itam sejak dari dahulu lagi tanpa mengharapkan balasan. Pada waktu malam bulan purnama Pak Itam terlalu amat gembira kerana cita-citanya untuk menghimpunkan sahabat-handai, anak kampung Langat dan lain-lain akan diadakan esok. Persiapan sudah dijalankan dengan sempurna supaya majlis berjalan lancar.
Pak Itam merasakan dirinya sangat kerdil dan sentiasa bermunajat kepada Allah terutama pada waktu malam. Malam adalah masa terbaik mendekatkan diri kepada Allah. Tiba-tiba Pak Itam mengingati kembali Siti Norhidayah, Izwan dan Nuryani Iman. Dia ingin sangat bertemu dengan anak isterinya yang telah lama terpisah kerana perjuangan. Pada keesokan harinya Pak Itam telah berpakaian lengkap berbaju melayu yang dijahit oleh isteri Tuk Mat untuk menyambut tetamu. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai, rojak, buah-buahan telah siap sedia menyambut kedatangan tetamu. Maka ramailah penduduk kuala Langat yang datang menjemu, melihat pameran sejarah perjuangan negarawan Pak Itam sambil berhibur dengan persembahan A.Aziz H.M,kumpulan Teater Malininya, Zubir bergitar dari Pusat Kebudayaan UM, Cik habsah ”Ulik Mayang” dan kumpulan Kopratasa yang medendangkan lagu bertemakan perjuangan Pak Itam membela orang Melayu di bumi tercinta suatu ketika dahulu. Hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemput seperti wartawan, ahli sejarah, pelajar-pelajar universiti dan anak isterinya tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat, baginya orang sekarang mudah lupa jasa pengorbanan manusia seperti Pak Itam yang sanggup kehilangan keluarga semata-mata mahu melihat Orang Melayu tidak dipencilkan dibumi sendiri oleh penjajah. Tuk Mat sudah sedia menggantikan Pak Itam menyambut tetamu untuk memberi ruang kepada Pak Itam berehat dan solat zohor. Pak Itam menuju ke rumah untuk berehat dan solat, kehadiran tetamu pun beransur reda, gerai-gerai makanan juga kelihatan berehat begitu juga dengan kumpulan yang membuat persembahan. Tiba-tiba Rokiah (Kiah) memberitahu Tuk Mat, Pak Itam jatuh pengsang dan kaku tidak bergerak lagi. Semua hadirin membaca yasin dan suasana menjadi semakin pilu dengan berita kematian Pak Itam. Seketika selepas itu masuk seorang wanita tua menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk dihujung kakinya sambil meletak jambangan bunga Ros, selepas itu dia beredar dengan tenang meninggalkan Jenazah. Tuk Mat seorang sahaja yang tahu siapa wanita itu? Mungkin orang yang ditunggu-tunggu oleh Pak Itam sejak dari pagi tadi lagi isterinya Siti Nurhidayah.


ISRAK
Maikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu bersama Israk (abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah muncul dari lembah Sungai Perak terus menyapa anak-cucunya yang sedang menunggu. Mereka naik ke rumah Wah yang uzur itu, jelas terbayang ketidakselesaan pada Israk.
Wah menjemput mereka makan buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj, abah dan ibu begitu gemarkan durian ”kucing tidur” rasanya enak sekali. Israk enggan menjamah buah durian yang dihulurkan oleh Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana menghormati bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya sambil diperhatikan oleh Mikraj.
Selepas itu Israk cuba memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan kepadanya oleh Wah. Mikraj marah dan tidak suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati Israk supaya menghormati Wah ”tanpa Wah siapalah kita”. Rumah Wah ini sudah buruk tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah pusaka itu dipertahankan oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan. Lebai Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh menjadi buah hati Wah tetapi dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah berkahwin dengan Firdaus Frank.
Cerita hubungan Israk dan Wah yang tidak begitu rapat berpunca daripada tindakan atuk ”Perth” yang melarikan Israk sejak kecil lagi. Wah sebenarnya yang menjaga Israk sejak berumur satu hari. Oleh itu Mikraj cuba mendekatkan abangnya dengan neneknya. Malangnya Israk suka mengada-maga, sering kali memaki, menyindir dan menyakiti hati Wah kerana menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang ahli korporat tidak lama lagi. Berbanding Mikraj, anak itu sangat menyanyangi Wah, dia sempat bergelak ketawa dan bersama-sama Wah ke kebun walaupun Israk menyombongkan dirinya. Mikraj mahu Israk menghargai pengorbanan Wah dan merapatkan hubungan dengan neneknya itu kerana Israk tidak tahu penderitaan dan keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah neneknya yang penuh dengan nolstagia itu. Bagi Mikraj Wah merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang hebat, berani dan berjaya menghadapi cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung. Perkara ini sepatutnya disedari oleh Israk.
Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan kerana dia dihidangkan nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton televisyen kerana Wah hanya ada sebuah TV yang sudah pun rosak. Israk mahu balik dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tak sanggup berada di kampung yang serba serbi kekurangan itu. Jelas terbayang kesedihan pada wajah tua Wah, Mikraj tahu Wah benar-benar terasa akan kata-kata abangnya itu.
Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai kerana air paip di rumah Wah terputus bekalan. Mikraj telah mencabar abangnya supaya mandi di sungai dengan tanpa pengetahuan Wah kerana pagi-pagi lagi dia sudah ke tepi sungai seperti hari-hari biasa. Israk mencapai sehelai tuala lalu terus ke sungai tanpa mengetahui kawasan sungai itu amat dalam sekali.Mikraj terkejut tiba-tiba bayang-bayang abangnya tidak kelihatan lagi. Dia memanggil Wah supaya menyelamatkan Israk yang telah lemas di sungai itu .Biasanya tempat orang mandi di tebing sungai tepi rumah Lebai Saleh kerana di situ lebih selamat airnya tidak dalam sangat. Dulu Kakak Wah pernah lemas di tempat tersebut dan mayatnya ditemui penduduk sehari kemudian.
Wah mencari-cari cucunya itu lalu lalu dilihatnya Israk hanya berpaut pada tali sauh yang sudah reput. Wah menghulurkan sebatang kayu menarik Israk sekuat-kuatnya ke tebing sungai walaupun tenaganya lemah namun dikuatkan juga demi cucunya yang tersayang. Akhirnya Israk berjaya diselamatkan, mulai saat itu sikap ego dan sombong Israk terhadap Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak memandang rendah lagi kepada Wah kerana telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan Mikraj kerana meminta jering dan tempoyak daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan perubahan yang berlaku pada anaknya itu.

PEMAIN CATUR
Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.
Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas menakluki semenanjung Liberia.
Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan kepada permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia. Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti.
Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat” Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur.
Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur. Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj).
Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat tipis disebelah Um.
Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana bimbang akan kalah dalam perlawanan itu.
Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan tersebut.

MELLISA
Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat surat khabar, tempat Syahid bekerja.
Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama kepada Syahid kerana perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut, warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia pernah bertemu dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada artikel dan rencana di akhbar sahaja.
Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid meneruskan perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa kepada Hisyam. Apabila dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak jemputan makan malam kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu bapanya. Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat tempat penginapan mereka.
Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak banyak bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib Mellisa sewaktu dia sedang mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah dengan menganggap Melllisa ada fakta dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang pertemuannya dengan Syahid ”Cinta Pandang Pertama” barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid.
Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya sungguh hebat ”Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan”. Tambahnya lagi cinta orang islam ”Cinta pada Allah dan cinta Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan tanahair”. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali gagal dalam percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada Hisyam seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih kanak-kanak lagi.
Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah berkata kepadanya ”Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau”.Mereka berdua pernah main masak-masak, Mellisa akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam. Apabila petang menjelma Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul kembali dengan berpakain baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham.
Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu rusuhan kaum yang terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup. Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang tinggal di hadapan Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas peristiwa itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung dikuatkuasakan supaya tidak berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang Melayu.
Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur 7 tahun iaitu kawan Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan kelelakian Hisyam itu dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam.
Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan Hisyam yang dicintainya. Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak akan kembali lagi setelah terkorban dalam peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca berlakunya peristiwa 13 Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa tersebut tunangnya telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh sekumpulan pemuda Melayu dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama, jamilah telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu. Walaupun tidak dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan mereka pada masa itu. Kalau dia dan tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu berdendam kepada Jamilah sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya tak mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua orang, setiap pagi dia bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik barulah penduduk kampung baru terasa kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah mereka.
Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan kejadian peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan oleh Penjajah British. Orang putihlah mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar dan orang India di estet-estet. Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah Melayu tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai ”setan putih”. Mallisa teringat kembali kepada Hisyam yang marah kepadanya apabila dia ke rumahnya setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak Inggeris itu. Mellisa menangis kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu.
Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa masa kecilnya itu bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu yang dimasuki tempias hujan. Dulu setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan yang cantik.
Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-bual dengannya. Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan tersebut. Syahid benar-benar rindukan Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan permintaan Syahid dan beranggapan cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam. Ganggang telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap.
Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat suatu ketika dahulu Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok nenekya menunggu padi yang sedang masak daripada dimakan oleh burung. Mereka berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya melompat gelung besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang dudak yang baik hati dan suka membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia.
Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung Hisyam terutama di kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek menjemput Mellisa makan sama hidangan itu semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya gugur membasahi pipinya kerana rindukan Hisyam.
Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji tersebut. Nampaknya hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati terbang di langit lepas. Kemudian Syahid merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan oleh Mellisa yang pergi meninggalkannya kerana mendapat panggilan untuk bertugas. Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan Mellisa memilih kerjaya sebagai tentera sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa yang cantik, sederhana tinggi dan potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada negara ini siapa lagi.
Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun lagi untuk dia bertemu semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa lelaki sekacak Syahid cukup mudah didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia Mellisa ingin melaihat negara dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat sebagai satu bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 mei tidak berulang lagi sambil memeluk dengan erat kekasih sejatinya M16.

BIARKAN SAMUDERA
Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjagA, memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah.
Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan berlegar-legar dalam benaknya itu.
Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera”. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi.
Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ” sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi.
Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding dulu dia seorang
mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan.
Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.
Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti.
Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.


IBU DAN CEPER
Pengarang menceritakan tentang ciri-ciri atau sifat-sifat sungai yang amat dicintainya yang dipanggil Sungai Ceper. Sungai Ceper lurus, panjang dan mengalirkan air yang jernih, pasir berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir dan ikan-ikan bergerak cerdas.Sungguh menarik sungai Ceper.
Sungai Ceper diibaratkan sama dengan ibu pengarang yang lincah bergerak ke mana-mana sahaja khususnya ke bendang / sawah untuk mencari rezeki. Begitu juga Sungai Ceper yang mengalirkan air setiap masa tanpa mengira penat dan lelah untuk keperluan orang ramai.Sungai Ceper juga membekalkan makanan seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Pengarang pernah turun ke lubuk Sungai Ceper untuk menangkap ikan bersama-sama rakannya. Betapa seronoknya mereka pada masa itu.
Ibu akan berehat dan tidur pada waktu malam sahaja, apabila siang dia akan ke sawah, menetak mengkuang, gotong-royong kenduri di rumah jiran, menziarahi jiran dan lain-lain. Begitu juga aktifnya Sungai Ceper, bezanya pada waktu malam Ceper tidak berhenti mengalir suaranya kedengaran semakin garang terutama sewaktu air pasang selepas hujan lebat turun, deruannya terdengar sampai ke rumah pengarang.
Sungai Ceper pernah juga mengamuk apabila hujan lebat turun di hulu, airnya telah melimpahi tebing sehingga menenggelamkan bendang ibu. Ibu telah mengamuk dan marah kepada Ceper kerana semua pokok padi habis tenggelam dan mati. Suara ibu memarahi bapa yang tidak mempedulikan nasib padinya sama garangnya suara Ceper yang melimpahkan airnya ke petak-petak sawah ibu. Ibu akur dengan takdir tetapi terus mengusahakan semula sawah selepas Sungai Ceper tenang kembali.
Ibu sekali lagi mengamuk dan memaki-maki Sungai Ceper kerananya sekali lagi pokok padi yang hendak mengeluarkan buah menjadi banyak yang hampa kerana air Sungai Ceper tidak boleh membantu langsung kali ini. Kemarau panjang menyebabkan air Sungai Ceper menjadi amat tohor, manakala petak-petak sawah menjadi kering kontang sehingga lembu terpaksa diheret ke Sungai Ceper untuk minum air. Ibu terpaksa menggunakan telaga untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian dan tidak bergantung kepada Sungai Ceper lagi.
Semua peristiwa itu berlaku sepanjang 40 tahun yang lalu semasa pengarang masih muda remaja dan ibunya masih boleh melahirkan zuriat lagi.
Namun sekarang ibu sudah tiada lagi, kerja-kerja di bendang diambil alih oleh bapa manakala pengarang sudah berkahwin, beranak dan bercucu. Bezanya Sungai Ceper masih wujud namun tidak seperti dahulu lagi. Airnya kotor, ikan-ikan tiada lagi dan arusnya semakin lemah. Semua ini terjadi sepuluh tahun lalu setelah ibu jatuh di bendang kerana terpijak tunggul kayu lama sehingga membawa ke mati.
Ibu lumpuh dan tidak mampu bergerak lagi manakala bapa turun ke bendang untuk usahakan sawah tinggalan ibu itu. Pada masa itu pengarang sudah mendapat dua orang anak dan dia bertuah mendapat seorang isteri yang tidak kekok dengan kerja-kerja di bendang. Bapa hanya menjadi perawat ibu di rumah kerana sudah uzur untuk ke bendang. Bebanan yang dipikul oleh pengarang masih ringan kerana bapa tidak lumpuh seperti ibu. Pernah sekali pengarang menengking ibu semasa membasuh beraknya menyebabkan ibu menangis dan kemudian ibu meninggal dunia.
Sungai Ceper juga menjadi lumpuh seakan-akan lumpuhnya ibu. Arus Ceper juga semakin lemah sudah tidak mampu menghakis tebing dan mengorek lubuk lagi. Pada masa yang sama Sungai Ceper telah dijadikan tempat membuang sampah sarap, bangkai, plastik dan lain-lain oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Baunya amat busuk sekali. Kemudian bapa terjatuh dan meninggal dunia, Sungai Ceper tiada apa-apa tindak balas lagi.
Aliran Sungai Ceper menjadi semakin lemah dan membawa bersama-sama bangkai-bangkai, sisa-sisa, hampas-hampas, keladak-keladak dan kahak-kahak yang berbuih serta berulat. Sekarang pengarang pun sudah tua hanya mampu menjaga cucu di rumah bersama-sama isteri, ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Anak-anaknya telah menggantikannya untuk mengusahakan sawah ibu. Walaupun kuat mereka bekerja, Sungai Ceper tidak kembali seperti dahulu lagi. Aliran sungai Ceper telah berhenti tidak mengalir lagi. Dahan pokok kayu ditebing Sungai Ceper tumbang ke dada sungai Ceper menyebabkan Ceper tidak berdaya lagi bergerak dan akhirnya mati seperti ibu kaku tidak bergerak lagi.